Ahad, 2 Januari 2011

HIKMAH BERDOA

WAHAI TUHAN, BERILAH KAMI TAUFIK DAN HIDAYAH (PETUNJUK) MU.

Selalu kita berdoa kepada Allah seperti demikian. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Dia sudah mendapat petunjuk dari Allah iaitu Allah sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah s.w.t.

Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka bererti dia telah mendapat taufik bersama. Ertinya, dia telah dapat kedua-dua hidayah dan taufik dari Allah s.w.t. Mula-mula hatinya telah diketuk oleh Allah untuk ingin kepada beragama serta ingin melaksanakan hidupnya cara lslam hingga mendorong dia mempelajari ilmu syariat. Kemudian apabila dia melaksanakan tindak tanduknya, perjuangan dan jihadnya, perbuatan dan usaha ikhtiarnya, semuanya tepat dengan ilmu syariat yang di pelajarinya.

Dalam hal ini, kadang-kadang kita dapati setengah-setengah orang itu sudah ingin kepada agama dan sudah ingin melaksanakan hidupnya cara lslam dan dia pula sudahpun mempelajari ilmu syariat samada di bidang tauhidnya. fikah dan tasawufnya tetapi apabila dia cuba melaksanakan tindak tanduk serta perbuatan dan usaha ikhtiarnya, didapati tidak tepat dengan ilmu yang dipelajarinya. Ada saja salahnya. Orang demikian sudah mendapat petunjuk tetapi tidak mendapat taufik dari Allah. Sebab itu, kadang-kadang perbuatannya berlawanan saja dengan syariat, berlawanan dengan kehendak Allah serta berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah.

Padahal ilmunya sudah tepat dan keinginannya pun sudah ada. Dan kerana itu jugalah, kita mesti selalu memohon kepada Allah dua-dua sekali iaitu taufik dan hidayah. Janganlah kita memohon kepada Allah akan petunjuk saja. Hendaklah kita minta taufik dariNya disamping kita memohon petunjuk. Kalau kita mendapat petunjuk dan taufik dari Allah, maka setiap perbuatan kita serta cakap-cakap kita sesuai dengan kehendak Allah, tepat dengan kehendak syariat serta Al-Quran dan sunnah. Orang yang telah mendapat kedua-dua hidayah dan taufik inilah yang dikatakan orang yang sudah mendapat hikmah. Orang yang mendapat hidayah sahaja,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan