Ahad, 2 Januari 2011

LAKUKAN DAN BERSERAH PADA ALLAH

Buatlah kerja kita sesuai dengan perintah Tuhan. Padankan dengan syariat-Nya. Sokonglah kerja kita itu dengan doa. Kemudian serahkanlah hasilnya kepada-Nya. Apabila berhasil sekalipun tidak memuaskan, bersyukurlah Kalau banyak lebih lagilah patut bersyukur dan malu. Jangan rasa tidak senang, kita menyanggah perbuatan Tuhan. Perintah Tuhan laksanakan, larangan-Nya jauhkan. Selepas itu apa hendak jadi jangan soalkan. Jangan tanya kerja Tuhan. Percayalah setiap kerja Tuhan ada hikmahnya. Setiap yang dilakukan oleh Tuhan ada pengajarannya. Kalau kita hendak menerimanya, semuanya ada kebaikan. Jangan tanya kerja Tuhan. Tanyalah kerja kita untuk Tuhan sempurnakan. Allah tidak akan ditanya, mereka akan ditanya. Jangan campur tangan kerja Tuhan. Tuhan tidak akan melakukan sebarangan. Allah tidak membuat kerja sia-sia. Allah adalah bijaksana dan tidak menzalimi hamba-hamba-Nya
Percayalah, percaya itu penting buat kita .Semoga kita baik sangka dengan Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan