Ahad, 2 Januari 2011

IKHLAS SEBUAH PERJUANGAN

Allah berfirman yang bermaksud
"Dan(aku telah diperintahkan):'Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orng yang musyrik(Surah Yunus ayat 105)
Meskipun perkataan dilihat amat mudah,namun ikhlas ibarat mutiara di dasar lautan yang susah diperolehi.Sebagai seorang penuntut ilmu,sudah sejauh mana kita menerapkan ikhlas ini dalam hidup kita?sudahkaah kita ikhlas mencari ilmu hanya kerana Allah semata?
Sudahkah kita niatkan ikhlas ini jauh di dasar hati kita agar kita berani untuk memberi segala kemampuan kita bukan untuk minta dibalas,dipandang dan dipuji?
Ikhlas merupakan sebuah perjuangan yang bukannya mudah.
"Kehidupan di dunia adalah ladang bagi akhirat,iaitu tempat menanam,menyemai ,bekerja dan berjuang.Di akhiratlah kita akan memetik hasilnya.Dunia hanya persinggahan dan bukan pengakhiran sebuah perjalanan.
Banyak amal yang tidak diterima kerana dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas.Ikhlas umpama kunci bagi setiap perbuatan kita,malah amal yang kecil menjadi besar disisi Allah jika kita mengamalkannya dengan ikhlas
Masih ingatkah kita dengan Bilal Bin Rabah?Beliau dengan tabah menahan seksaan daripada tuannya yang kejam dan teguh melantunkan"Ahad!Ahad!Ahad!"meskipun dadanya dihimpit batu besar di atas pasir yang panas membakar
Bilal telas mengikhlaskan sirinya untuk Islam,beriman dengan Tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t dan mengaku bahawa hanya Nabi Muhammad s.a.w pesuruh-Nya.
Beliau seorang muazim,istiqamah menjaga wuduk dan solat 2 rakaat.Amal yang dikerjakan dengan ikhlas itulah akhirnya menjamin dirinya sebagai penghuni Syurga.Subhanallah!
Semoga kita menjadi hamba-Nya yang IKHLAS,Insyaallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan